Bumi Palestin  

Sunday, March 1, 2009

Palestin,
Tubuhmu sering menjadi tumpuan lensa kamera,
Wajahmu sering menjadi rakaman dunia,
Gambarmu dijaja di seluruh semesta,
Ceritamu dibaca segenap lapisan dunia,
Namun, tiada siapa yang tertawa,
Tiada siapa yang bergembira,
tatkala diarimu disebar kemerata,
Cuma, bangsat-bangsat durjana, manusia-manusia hina
sahaja yang kekenyangan gembira,
Suka dengan helaian diarimu yang penuh derita.

Palestin,
Hatiku menangis hiba,
Jiwaku resah sengsara, namun,
Jasadku kaku tanpa jasa,
Mulutku becok memarahi si empunya angkara,
Fikiranku tidak berdelusi memusuhi si durjana,
Namun, tingkahku tidak lebih dari itu,
ku bersahaja meniti hari-hari keamanan dibumiku,
Sedangkan kau, bermandi darah menghitung kubur,
Generasimu tumbang bersungkur-sungkur.

Palestin,
Bilakah deritamu itu akan sampai ke penghujungnya,
Mungkinkah tatkala hari kebangkitan kunjung tiba?
Mungkinkah pabila dajal mula menunjuk muka?
Atau ketika yakjud makjud tertawa suka?
Aku sendiri menunggu jawapannya...

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Bumi Palestin

 

Design by Amanda @ Blogger Buster