Bowling time!!!
Thursday, May 29, 2008
Pada hari Khamis, 29 May 2008, Nadiah luangkan masa Nadiah untuk mengeratkan silaturrahim dengan anak2 sedara Nadiah. Gambar diatas itu adalah 3 daripada 17 anak sedara Nadiah. Diorang di sekolah menengah, so Nadiah ajak mereka ke Mahkota Parade utk bermain bowling. Kitorang main secara team. Nadiah team dengan Ke-mall. Masa nak isi nama tu, keluar la nama pelik2 yang diorang guna. Nadiah terkedu. Lupa yang diorang semua ni teenagers. Me-rulez sebenarnya Amirul. Ke-mall sebenarnya Akmal. Are-neez sebenarnya Anis. Sebenarnya Are-neez guna nama Khai yang membuatkan Nadiah lagi pelik. Ni mesti kes peminat Khai ni. So, bermulala permainan bowling kitorang. Kitorang main 2 game. Diorang semua tak pernah main bowling kecuali Are-neez. Nadiah pernah la sekali main. Tapi, bila diorang main... Nadiah tgk macam bukan orang first time main! Ke-mall dapat strike masa mula2. Tak lama lepas tu, Me-rulez pulak dapat strike. Ish... biar betul ni. Tapi itulah yang berlaku. Team Nadiah kalah masa game pertama tapi game kedua kitorang menang. Masa main tu, macam2 gaya ada. Bunyi berdentum bola tu pun ada. :p Tapi apa2 pun, Nadiah puas hati dapat luangkan masa dengan diorang. Dulu, Nadiah rapat dgn diorang tp sejak masuk matrix, makin lama, makin jauh. Sedih jugak.
0 comments: to “ Bowling time!!! ”
Post a Comment