Pemergian tanpa diduga  

Saturday, May 31, 2008


Orang kata, bila seseorang tu dah takde depan mata kita barula kita terasa dan teringat2kan dia. Memang betul. Nadiah sampai sekarang sentiasa teringatkan arwah kakak Nadiah. Nadiah kehilangannya semasa Nadiah masih berada di matriks, kira-kira 4 tahun lepas. Nadiah ingat lagi, masa tu sehari sebelum peperiksaan akhir semester 2, Nadiah dapat panggilan drpd abang sulung ttg kakak Nadiah ni. Masa tu, Nadiah buntu, blank and tak tahu nak wat apa. Terketar2 Nadiah masa tu. Tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan Nadiah masa tu. Sepanjang perjalanan dari matriks ke rumah, Nadiah menangis semahu-mahunya. Nadiah seolah-olah tak percaya yang kejap lagi Nadiah akan sampai rumah dan Nadiah akan jumpa kakak Nadiah yang dah terbaring kaku. Itulah yang terjadi. Sampai sekarang, kalau Nadiah teringatkan dia, Nadiah akan menangis. Kesal sebab tak mengenali dia dgn lebih dalam. Yalah, jarak umur kami jauh. Tapi dia baik hati. Selalu fikirkan untuk adik dia. Nadiah ingat lagi, walaupun bekerja sebagai guru dgn gaji yang kecil, dia tetap hulur rm10-20 untuk Nadiah masa Nadiah sekolah dulu. Beza dgn adik beradik yg lain. Antara kami adik beradik perempuan, dia yang paling cantik dan rajin. Dulu, masa mula2 kehilangan dia, bila Nadiah balik cuti dari universiti, mesti rasa janggal sebab tak nampak dia. Lama2 Nadiah terpaksa terima hakikat yang dia dah tak de. Allah s.w.t lebih sayangkan dia. Semoga Allah s.w.t menempatkannya di tempat orang2 yang beriman.

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Pemergian tanpa diduga

 

Design by Amanda @ Blogger Buster