Satu tahun - - - lagi???!!!  

Thursday, July 17, 2008


Nadiah dah berada di tahun kelima... Tidakkkkkkkkkkkkkkkk.... Menakutkan. Bukannya tahun lima tu yang menakutkan tapi situasi selepas tahun lima tu. Eerie giler. Lepas tahun lima ni, Nadiah bukan lagi bergantung pada case notes yang ada kat hospital tu tapi case notes tu bergantung pada Nadiah, sebab Nadiah yang akan tulis semua tu. Semua yang Nadiah tulis, bermakna pada nurses, patients and specialist tu sendiri, bukan macam case notes sekarang, habis posting, tong sampah la tempatnya. Kalau sebagai student, tak ikut progress patient tu takde lah sampai kena marah ke, disalahkan kalau patient meninggal ke... tapi kalau dah kejer esok, naya la kalau clerk lepas tu tinggal jer. Dan yang paling Nadiah takutkan adalah... buat keputusan. People's life in my hand, bro. Yelah, Allah s.w.t yang tentukan segalanya tapi... entahlah.

AddThis Social Bookmark Button


Harga Petrol  

Thursday, June 5, 2008


Nadiah jumpa gambar ni di suatu laman web. Tak ingat kat mana. Tapi gambar ni mmg sesuai. Kredit untuk orang yg membuatnya. Nadiah tak pasti adakah kenaikan harga minyak lambang negara kita membangun atau merundum. Tapi kesan drpd kenaikan harga minyak, Nadiah dapati rakyat lebih marah dan benci pada kerajaan. Dari segi politik, ini langkah yang kurang bijak. Tapi, yelah... Nadiah bukan penganalisis politik. Maybe, penganalisis politik fikir yg within 5 years, rakyat akan adapt dan lupa pasal kenaikan harga minyak yg dasyat nih. Yelah, pilihin raya 5 tahun lagi kan. Nadiah tak memihak sape2, neutral always. Tapi, kadang2 Nadiah setuju tapi kadang2 tak setuju pasal kenaikan harga minyak ni. Tapi, setuju tak setuju, Nadiah takleh wat apa.


AddThis Social Bookmark Button


Group 6 in memory  

Tuesday, June 3, 2008


Nadiah ibaratkan sesuatu group tu sebagai rumah tanpa tangga kerana wujudnya muafakat antara ahli yang tiada kaitan persaudaraan (selain sesama Islam). Tapi sayangnya rumah tanpa tangga Nadiah dah pecah. Dipecahkan oleh jerung dan paus dan tidak diketahui objecktifnya. Adakah saja2 atau mempunyai makna tersendiri. Tiada siapa boleh menjawabnya selain yang berkenaan. Tetapi patah tumbuh hilang berganti. Nadiah dah ada group baru. Taklah baru apa pun, dah kenal sejak year one. Wakaka. Dan setiap group itu ada pengalaman pahit, masin, masam dan manisnya. Yang berbeza antara group cuma kuantiti perasa itu. Mungkin sesebuah group itu lebih pahit drpd manisnya, manakala yang lain pula, lebih masam drpd masinnya. Semuanya bergantung kepada kualiti serta sifat-sifat 'pengisinya'.

AddThis Social Bookmark Button


Pemergian tanpa diduga  

Saturday, May 31, 2008


Orang kata, bila seseorang tu dah takde depan mata kita barula kita terasa dan teringat2kan dia. Memang betul. Nadiah sampai sekarang sentiasa teringatkan arwah kakak Nadiah. Nadiah kehilangannya semasa Nadiah masih berada di matriks, kira-kira 4 tahun lepas. Nadiah ingat lagi, masa tu sehari sebelum peperiksaan akhir semester 2, Nadiah dapat panggilan drpd abang sulung ttg kakak Nadiah ni. Masa tu, Nadiah buntu, blank and tak tahu nak wat apa. Terketar2 Nadiah masa tu. Tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan Nadiah masa tu. Sepanjang perjalanan dari matriks ke rumah, Nadiah menangis semahu-mahunya. Nadiah seolah-olah tak percaya yang kejap lagi Nadiah akan sampai rumah dan Nadiah akan jumpa kakak Nadiah yang dah terbaring kaku. Itulah yang terjadi. Sampai sekarang, kalau Nadiah teringatkan dia, Nadiah akan menangis. Kesal sebab tak mengenali dia dgn lebih dalam. Yalah, jarak umur kami jauh. Tapi dia baik hati. Selalu fikirkan untuk adik dia. Nadiah ingat lagi, walaupun bekerja sebagai guru dgn gaji yang kecil, dia tetap hulur rm10-20 untuk Nadiah masa Nadiah sekolah dulu. Beza dgn adik beradik yg lain. Antara kami adik beradik perempuan, dia yang paling cantik dan rajin. Dulu, masa mula2 kehilangan dia, bila Nadiah balik cuti dari universiti, mesti rasa janggal sebab tak nampak dia. Lama2 Nadiah terpaksa terima hakikat yang dia dah tak de. Allah s.w.t lebih sayangkan dia. Semoga Allah s.w.t menempatkannya di tempat orang2 yang beriman.

AddThis Social Bookmark Button


Bowling time!!!  

Thursday, May 29, 2008


Pada hari Khamis, 29 May 2008, Nadiah luangkan masa Nadiah untuk mengeratkan silaturrahim dengan anak2 sedara Nadiah. Gambar diatas itu adalah 3 daripada 17 anak sedara Nadiah. Diorang di sekolah menengah, so Nadiah ajak mereka ke Mahkota Parade utk bermain bowling. Kitorang main secara team. Nadiah team dengan Ke-mall. Masa nak isi nama tu, keluar la nama pelik2 yang diorang guna. Nadiah terkedu. Lupa yang diorang semua ni teenagers. Me-rulez sebenarnya Amirul. Ke-mall sebenarnya Akmal. Are-neez sebenarnya Anis. Sebenarnya Are-neez guna nama Khai yang membuatkan Nadiah lagi pelik. Ni mesti kes peminat Khai ni. So, bermulala permainan bowling kitorang. Kitorang main 2 game. Diorang semua tak pernah main bowling kecuali Are-neez. Nadiah pernah la sekali main. Tapi, bila diorang main... Nadiah tgk macam bukan orang first time main! Ke-mall dapat strike masa mula2. Tak lama lepas tu, Me-rulez pulak dapat strike. Ish... biar betul ni. Tapi itulah yang berlaku. Team Nadiah kalah masa game pertama tapi game kedua kitorang menang. Masa main tu, macam2 gaya ada. Bunyi berdentum bola tu pun ada. :p Tapi apa2 pun, Nadiah puas hati dapat luangkan masa dengan diorang. Dulu, Nadiah rapat dgn diorang tp sejak masuk matrix, makin lama, makin jauh. Sedih jugak.

AddThis Social Bookmark Button


Tertekan? Kesiannye...  

Wednesday, May 28, 2008

Nadiah nak citer apa yg jadi kat umah tok bomoh tu pada pagi semalam yg tak sempat Nadiah nak citer. Hari tu, masa Nadiah sampai ke perkarangan umah tok bomoh ni, dah ada 2 buah kereta(kenari dgn kancil) and then Nadiah nampak, 4 orang, 2 lelaki and 2 perempuan. Masa Nadiah ternampak 2 orang perempuan ni, Nadiah dah pelik dah. Nadiah pk gak, naper bini tok urut ni tak bising2 halau salah seorang perempuan ni, sebab salah seorang perempuan ni, muda gak la, pakai seluar jean. Dia tak tahu tu, kalau tak, takkan la dia nak pakai seluar jean plak. Cari nahas jer. Nadiah turun jer kereta, terus Nadiah dengar bini tok bomoh ni bising2. Start dah... Apa lagi kelam kabut perempuan ni naik kereta kenari dia and blah. Sempat dia pesan dgn ayah dia, nnti dia datang balik. Nadiah ingatkan cerita tu abis kat situ jer, rupa2nye, ada lagi. Bini tok bomoh ni tetap tak puas ati. Dia nak halau jugak bapak budak perempuan ni. Keluarla perkataan tak enaknya itu. Dia tak bagi bapak budak perempuan ni masuk umah dia. So, balikla bapak budak perempuan ni dgn rasa kecewa. Yelah, orang nak berubat tapi dihalau. Dan dia pulak ingatkan yg 2 orang lelaki and 2 orang perempuan ni satu family. So, dia nak halau la lagi 1 lelaki and 1 perempuan ni. Tapi, berkali-kali diorang cakap diorang tak datang sama. Kereta pun lain2(memang ketara kereta lain2). Sebenarnya, perempuan yg kereta kenari tu bawak bapaknya, dan perempuan kereta kancil tu pun bawak bapaknya. Dan disebabkan bini tok bomoh ni tak percaya, dia mengamuk-amuk. Bising giler. Nadiah bawak buku cerita masa tu. Nadiah takleh concentrate langsung sebab memekak tak sudah2. Tok bomoh ni diam ajer, biasa la lelaki. Last2 tau bini ni wat apa? Dia amik tukul, dia pergi robohkan papan tanda yg tertulis perempuan dilarang pakai seluar, takleh buang sampah rata2 dan mcm2 lagi pantang larang. Masalahnya papan tanda tu diletak betul2 tepi rumah dia, orang nak baca kena dtg dkat2 baru leh baca. Kalau tak, tak nampak apa. Masa tu memang kecoh la. Orang yg berubat pun makin ramai. Bila dah sampai nak robohkan papan tanda, barulah tok bomoh ni bertindak dgn pembantu dia. Tapi, ada ke, bini tok bomoh ni nak tukul pembantu tok bomoh ni. Hish, mengarut betul. Nampak sangat akalnya kurang waras. Nadiah rasa dia ada masalah depression kot. Yg pasti psychiatric problem la. Rosak sikit la papan tanda tu, tapi tak roboh. Nadiah rasa hari itu adalah hari yg paling menarik kat situ. Nadiah dapat tgk drama free. Tak payah guna elektrik atau duit. lol. Tapi yg peliknya, bini tok bomoh ni selalu cakap orang buang anak la, orang ni kurang ajar la, orang ni itula, inila, tapi dia pernah ker tengok diri dia mcm mana??? Nadiah bukan nak memandai, tapi tgk cara dia, Nadiah dah tak berkenan.

AddThis Social Bookmark Button


Bomohs VS Doctors  


Hari ni Nadiah temankan mak Nadiah pergi berurut. Orang yg mengurut tu tak tahu la nak panggil apa. Tok Bomoh, dengar jer pun macam seram. Nasib baiklah pergi pagi. Sebenarnya dah lama dah mak Nadiah pergi mengurut kat situ. Hampir setahun dah. Sejak mak Nadiah dapat stroke. Tapi yang selalu bawa adalah kakak. Tapi sejak semalam, Nadiah yang bawa sebab kakak balik rumah mak mertua dia. Nadiah sebenarnya tak suka pergi sana. Satu, sebab bini tok urut tu suka menc*r**. Ada sebab dia menc*r** tu. Sebenarnya, kalau nak pergi umah tok urut ni, tak boleh pakai seluar bagi yang perempuan. Lelaki tu takpela. Lepas tu, kalau kita dah datang umah orang ni, mestilah beradap. Mana boleh buang sampah rata2. So, banyak jugak la pantang larang ni yg dilanggar oleh orang yg datang ke umah tok urut ni. Nadiah penah kena sekali. Beberapa bulan lepas, sebab pakai seluar. Ceh, tak pasal2 kena c*r**. Tapi, Nadiah takleh terima orang perempuan(bini tok urut) menc*r** macam tu. Tak kesah la sapa pun sebenarnya. Nadiah benci orang menc*r**. Dan sebab yang kedua kenapa Nadiah tak suka pergi sana, sebab Nadiah tak suka dgn tok bomoh tu. Tok bomoh ni tak suka doktor. Ada ke dia nasihat semua klien2 dia jangan jumpa doktor... Panas gak telinga bila dengar. Yela, Nadiah kan sedang menuju ke arah profession tu. Semalam, ada seorang perempuan ni datang dgn perut kembung. Tok bomoh ni kata busung, buatan orang. Ntahla, orang tu pun ikut ajer. At least check la doktor juga. Mana tahu cancer ker (Meigs syndrome). Anything can happens. Lepas tu Tok bomoh ni boleh cakap jangan jumpa doktor! Dia cakap macam ni... "nanti doktor belah sana, belah sini... cukup 3 kali, bismillah la kau..." Sampai sekarang Nadiah ingat apa dia cakap. Nadiah setuju dari segi pengamalan Tok Bomoh ni menggunakan ayat2 suci tapi tak perlulah nak hasut pesakit2 tu supaya jangan jumpa doktor. Nadiah selalu terpikir, macam ni lah mentaliti orang melayu. Bawa cerita tak betul, tambah2, lepas tu orang yang mendengar pun terima jer... Tapi, yang penting, ada satu cerita menarik yang berlaku kat tempat berubat tu ari ni. Lain kali la, nak solat dulu.

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster