Harga Petrol  

Thursday, June 5, 2008


Nadiah jumpa gambar ni di suatu laman web. Tak ingat kat mana. Tapi gambar ni mmg sesuai. Kredit untuk orang yg membuatnya. Nadiah tak pasti adakah kenaikan harga minyak lambang negara kita membangun atau merundum. Tapi kesan drpd kenaikan harga minyak, Nadiah dapati rakyat lebih marah dan benci pada kerajaan. Dari segi politik, ini langkah yang kurang bijak. Tapi, yelah... Nadiah bukan penganalisis politik. Maybe, penganalisis politik fikir yg within 5 years, rakyat akan adapt dan lupa pasal kenaikan harga minyak yg dasyat nih. Yelah, pilihin raya 5 tahun lagi kan. Nadiah tak memihak sape2, neutral always. Tapi, kadang2 Nadiah setuju tapi kadang2 tak setuju pasal kenaikan harga minyak ni. Tapi, setuju tak setuju, Nadiah takleh wat apa.


AddThis Social Bookmark Button


Group 6 in memory  

Tuesday, June 3, 2008


Nadiah ibaratkan sesuatu group tu sebagai rumah tanpa tangga kerana wujudnya muafakat antara ahli yang tiada kaitan persaudaraan (selain sesama Islam). Tapi sayangnya rumah tanpa tangga Nadiah dah pecah. Dipecahkan oleh jerung dan paus dan tidak diketahui objecktifnya. Adakah saja2 atau mempunyai makna tersendiri. Tiada siapa boleh menjawabnya selain yang berkenaan. Tetapi patah tumbuh hilang berganti. Nadiah dah ada group baru. Taklah baru apa pun, dah kenal sejak year one. Wakaka. Dan setiap group itu ada pengalaman pahit, masin, masam dan manisnya. Yang berbeza antara group cuma kuantiti perasa itu. Mungkin sesebuah group itu lebih pahit drpd manisnya, manakala yang lain pula, lebih masam drpd masinnya. Semuanya bergantung kepada kualiti serta sifat-sifat 'pengisinya'.

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster